Assalammualaikum blogger , maaf dah lama tak updates blog ni . harap semua merindu cerita karut mengarut dari saya , sama jugak dengan saya rindukan blogger blogger and cerita sensasi korang . Alhamdulillah kita pun dah masuk tahun baru , 2014 . Sekejap je kan dah masuk tahun baru ni , harap tahun ini akan jadi tahun yang lagi baik , bermakna dari tahun yang lepas , Dekat sini bubu nak share about my brotha wedding's with his wife . Cuba tengok gambar no,1 tuh , Alhamdulillah abang saya , Mohd Fadil Dzulkefly dan Nur Hidayah Sharif telah disatukan dan sah menjadi suami isteri pada hari Jumaat ,  20 december 2013 bersamaan 17 safar . Time ni nikah dekat surau Aprt Abdullah Hukum , Jln Bangsar . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesai dengan cepat kerana 1 lafaz sahaja . Lepas tok kadi kata sah , berlinangan lah air mata semua orang yang ada dalam surau tuh . Yang nangis tersesak esak lebih lebih tuh saya haha , mana tak nya seorang abang yang disayangi , rapat , sekepala dah pun menjadi hak orang lain . Takpe dalam sedih tuh bermacam sebab , kehilangan orang tersayang dan jugak gembira sebab dalam hidup dia ada peneman yang  baru dan akan berada di samping dia sampai bila bila . 
For the next picture , cer tengok gambar no 2 tuh , smart kan . baru nak promote siapa photographer dia , dah lupa nama lah sorry . Okay time ni bersanding pada hari sabtu , 21 december 2013 bersamaan 18 safar di luar surau Aprt Abdullah Hukum , Jln Bangsar . Tema untuk belah perempuan adalah warna hijau , tapi pihak kiteorang semua pakai baju merah . See beserba hijau kedua dua mempelai , nampak sweet , segak , nampak kakak ipar menawan siot perghhhh , bagai awie dalam sembilu *cewahhh cewahh . Pelamin belah perempuan sumpah cantik , lupa nak upload lah sorry . 

3rd picture , haaa time ni we all semua busy gila bila tarikh belah abang ni dah tiba , wooo . okay time malam berinai pada sabtu , 28 december 2013 bersamaan 25 safar . Biasalah keluarga kiteorang ni mengikut adat . *Actually nak cerita sikit sebelum malam berinai ni , okay hari jumaat pagi around 2,30am , kiteorang ni start lah buat pelamin pagi pagi buta . Dari 1jam ke 1jam sorang sorang masuk ruma sebab dah mengantuk sampai lah tinggal saya , abang (pengantin) , makcik and pekerja pakcik buat pelamin hingga ke subuh . Abang stop at 9.30am . But me , antie and pekerja pakcik buat sampai ke petang bole bayang kan tak we all tak tido seharian sehingga malam berinai , mata panda je babe . Nak tahu kenapa ? pelamin and meja makan beradap tuh kiteorang reka sendiri simple but nice ala ala garden gituh kau . See dekat atas tuh lah , ni saya punya pasal lah saya kan P.A kedua dua pengantin , so ada lah cerewet sikit pasal pelamin and meja makan beradap . I just wanna simple but beautiful , tak suka yang terlalu serabut , sakit mata . hingga ke petang sampai malam non stop buat kerja itu ini . hingga kan tido pukul 5pagi*. okay malam berinai ni sangat meriah , walaupun  jemputan hanya sedara mara , tapi belah nenek ni ramai yang teramat sangat keturunannya . Malam berinai tuh ada sesi bergambar , tukar tukar pakaian and karaoke , hmm apa lagi wa dengan akak lah yang concer microphone tuh haha . tak bole bayangkan suasana malam tuh . 
The last one , 4th picture persandingan belah lelaki pada hari ahad , 29 december 2013 bersamaan 26 safar . Time tuh crowded gila kata kooo ! wa dah cakap keturunan nenek terlalu ramai , hehe kawan kawan saya ada lah yang datang jugak . thanks siapa yang hadirkan diri pada hari majlis persandingan abang kita :* . Tema untuk belah lelaki pulak sepatutnya warna purple tapi lari tema , then kiteorang discuss balik , nevemind pengantin bole pakai warna pink and for our's clothes warna purple , okay lah tuh purple pink kan ? So macam biasa ada renjis merenjis , bergambar bersama keluarga , kawan and jiran . ada jugak acara potong kek . *Tersentuh hati bila dj mainkan lagu ayah dan ibu selepas pemotongan kek . lagu tuh dimainkan untuk peringatan dimana ibu bapa yang lahirkan kita , besarkan kita dan uruskan perkahwinan kita itu ada lah tanggungjawab yang terakhir untuk anaknya , So , sebagai pengantin harus hargai and kenangkan semua tanggungjawab dan beban ibu bapa dari kita lahir hingga kita menjadi raja sehari* . Ouhh lupa pengapit eh ? diorang guna kawan kawan diorang sendiri . By the way for my brotha and wife Selamat Pengantin Baru , moga dirahmati hingga ke anak cucu dan moga kedua duanya hidup berbahagia selamanya tak lupa jugak moga dapat anak comel comel soleh dan solehah , Amin . Sampai kita berjumpa lagi ye blogger . Assalammualaikum :* .