Assalammualikum blogger's lamanya tak lawat blog gua ni . Last post wa bulan 1 tak silap wa tapi sekarang dah masuk bulan 3. Jengjengjeng ada cerita baru ada tajuk baru ada gambar baru aggghh semua baru baru lah . Tajuk harini ''friends , siblings , family or maybe ''story of us'' . mana mana je lah kan ? Okay nak kongsi ni wa ni dah lama menganggur duduk ruma goyang kaki tanam anggur . Ntah bila ekk sepupu aku Ammar ajak kerja dekat #bowling south city *attention guys tak bole nak hashtag name tempat tuh nnti kena panggil masuk dalam bilik meeting ahh , so shut up zip yur mouth pleaseee. tak jangka dan tak menduga bole dapat kerja dekat situh k cita dia sama sama dapat lah dengan sepupu aku . so we're start 1st day work at Tuesday 21January2014 . Time tuh sama sama dapat shift pagi , so pergi balik dengan sepupu everday's . 

Aku kerja dekat situh sebulan lebih now dah berhenti lahh . nak tahu kenapa ? manusia dalam dunia ni banyak yang ''manusia bertopengkan syaitonnn'' . actually lah kan aku ada jugak partner perempuan yang kerja situh , aku tengok dia baik je bertudung nahhh kau senahhh , perangai macam hape ntah kan . Yelah orang kalau tak puas hati macam macam cara bole jatuhkan orang lain . sama lah macam tino tuh *skip bukan perempuan dalam gambar tuh abaikan perempuan dalam gambar tuh dia staff aku punya ex je . perasan lah kan gambar dalam tuh takda perempuan bertudung sebab aku crop , aku benci dengan tino setan tuh . Tino tuh sanggup jatuhkan aku , komplot dengan orang then punya hasrat dengki . Tak faham kenapa tino tuh perlu ada hasrat dengki , tikam belakang bagai , aku lawa sangat ke guys hashtag hashtag #juicyMlawabhai . macam macam cita dia cerita dkt orang orang kepercayaan dia tuh , burukkan aku , jangan katakan aku yang kena staff staff yang dalam gambar tuh pun kenalah . eh tino aku dah berambus amik lah hati budak budak ni balik suruh diaorang layan kau macam permaisuri --'.puihhh diorang pun taknak dah layan kau . aku tak hasut diorang tapi diorang yang dah taknak layan kau . pasal tegur tak tegur layan tak layan tuh pun nak gaduh dengan aku , puihhhh ! balik cebok muka ahh . 

Korang nak tahu tak budak budak atas tuh termasuk sepupu aku dah macam brader brader aku dah . Aku still lagi sedar aku ni baru 19tahun dan adek adek bawah diorang . so no wonder right kita kena hormat orang yang lebih tua dari kita , atas kita takda macam tino tuh ajet ajet je sisto besar kawasan pedalamam ladang lembu --' #geramjenibilaingatapediabikin . nak mentioned jugak @fahmyo @aliferwan @ammarredza @muhammadAmierul and @fharizwan . tuh lah nama nama diorang , serius talk diorang ni bole buat kawan , masuk air , tak puas hati talk depan depan takda blakang blakang , takda ahh macam tino tuh kutuk dalam group #bdk power . ouhh ada sebahagian unta unta dalam ituh group taknak mentioned tak minat . kiteorang pun takda nama group tak menggelabah , jangan nak power sangat lah yang dekat atas sana lagi Berkuasa . power sangat ke kau dengan yang di-Atas sana . 

Budak budak ni ada jugak teamwork , caring , loving . korang tahu ? diorang ni tempat aku bermanja . kiteorang dah macam satu keluarga dah . bila ada masalah ? wa cita dekat diorang . bila sama sama ada masalah ? sama sama kasi settle . bila keluar ? tak putus terima ajakkan . haaa nak cakap ape siaa ? bagaimana ? mengapa ? apakah ? what ??? Fahmy ni dia memang masuk air , 1stday kerja dah bole buat kawan , banyak mulut dia ni tauu . tapi dia lah abang yang suka buat kita calmdown . tak bole nak tipu kalau ada masalah dia tengok muka kita pun dah tahu kita sembunyikan sesuatu . Alif ? alif ni masa mula mula aku tak rapat sangat , lama lama aku kasi tegur lahh hehe . bole tahan bole masuk pale jugak lama lama aku rapat gilerrr dengan dia sampai sekarang still contact even dah berhenti kerja , and actually aku dengan dia dah macam laki bini berkepit je masa kerja , rehat sesama even shift tak sama sanggup tunggu tau . And aku suka pau alep aiskrim , lahaiiii nnti rindu sama lu bantal bushuk . Ammar ? sepupu wa ? cita sikit je lah sejak kerja situh kan dia dah pandai bahan orang lebih lebih dan lebih agak kurang hajar dia kadang kadang hahaha . Myrul atau kecik atau pendek ? dia ni kecik je tapi umur jangan lah sembang paduu sangat , takbole bagitahu nnti kena mara , dia lah abang kawasan gua , haha dekat tempat kerja jaga habis . tanya lah diorang takda sorang laki yang berani kacau waa ngorat waa . Wan ? wan tuh pun abang kawasan wa . dia dengan kechik ? sama sama jagalahh . lu pahal ? tak puas hati ? jangan kasi langgar hadap diorang dulu k ?? 

dah habis aku sembang dengan korang ? hashtag hashtag lah sikit hahaha #haalahhh#isapsikit#kipassikit#kecoh . k guys tuh je kot nak cita . wa cita atas dasar pengalaman pahit manis wa , yang penting wa sayang brotha brotha wa yang dekat atas tuh . moga Allah S.W.T panjangkan jodoh kita semua , panjangkan hubungan kita semua , moga dilindungi dimana sahaja dan panjangkan umur korang semua k ? loveyouall babe , salam :). 
Assalammualaikum blogger , maaf dah lama tak updates blog ni . harap semua merindu cerita karut mengarut dari saya , sama jugak dengan saya rindukan blogger blogger and cerita sensasi korang . Alhamdulillah kita pun dah masuk tahun baru , 2014 . Sekejap je kan dah masuk tahun baru ni , harap tahun ini akan jadi tahun yang lagi baik , bermakna dari tahun yang lepas , Dekat sini bubu nak share about my brotha wedding's with his wife . Cuba tengok gambar no,1 tuh , Alhamdulillah abang saya , Mohd Fadil Dzulkefly dan Nur Hidayah Sharif telah disatukan dan sah menjadi suami isteri pada hari Jumaat ,  20 december 2013 bersamaan 17 safar . Time ni nikah dekat surau Aprt Abdullah Hukum , Jln Bangsar . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesai dengan cepat kerana 1 lafaz sahaja . Lepas tok kadi kata sah , berlinangan lah air mata semua orang yang ada dalam surau tuh . Yang nangis tersesak esak lebih lebih tuh saya haha , mana tak nya seorang abang yang disayangi , rapat , sekepala dah pun menjadi hak orang lain . Takpe dalam sedih tuh bermacam sebab , kehilangan orang tersayang dan jugak gembira sebab dalam hidup dia ada peneman yang  baru dan akan berada di samping dia sampai bila bila . 
For the next picture , cer tengok gambar no 2 tuh , smart kan . baru nak promote siapa photographer dia , dah lupa nama lah sorry . Okay time ni bersanding pada hari sabtu , 21 december 2013 bersamaan 18 safar di luar surau Aprt Abdullah Hukum , Jln Bangsar . Tema untuk belah perempuan adalah warna hijau , tapi pihak kiteorang semua pakai baju merah . See beserba hijau kedua dua mempelai , nampak sweet , segak , nampak kakak ipar menawan siot perghhhh , bagai awie dalam sembilu *cewahhh cewahh . Pelamin belah perempuan sumpah cantik , lupa nak upload lah sorry . 

3rd picture , haaa time ni we all semua busy gila bila tarikh belah abang ni dah tiba , wooo . okay time malam berinai pada sabtu , 28 december 2013 bersamaan 25 safar . Biasalah keluarga kiteorang ni mengikut adat . *Actually nak cerita sikit sebelum malam berinai ni , okay hari jumaat pagi around 2,30am , kiteorang ni start lah buat pelamin pagi pagi buta . Dari 1jam ke 1jam sorang sorang masuk ruma sebab dah mengantuk sampai lah tinggal saya , abang (pengantin) , makcik and pekerja pakcik buat pelamin hingga ke subuh . Abang stop at 9.30am . But me , antie and pekerja pakcik buat sampai ke petang bole bayang kan tak we all tak tido seharian sehingga malam berinai , mata panda je babe . Nak tahu kenapa ? pelamin and meja makan beradap tuh kiteorang reka sendiri simple but nice ala ala garden gituh kau . See dekat atas tuh lah , ni saya punya pasal lah saya kan P.A kedua dua pengantin , so ada lah cerewet sikit pasal pelamin and meja makan beradap . I just wanna simple but beautiful , tak suka yang terlalu serabut , sakit mata . hingga ke petang sampai malam non stop buat kerja itu ini . hingga kan tido pukul 5pagi*. okay malam berinai ni sangat meriah , walaupun  jemputan hanya sedara mara , tapi belah nenek ni ramai yang teramat sangat keturunannya . Malam berinai tuh ada sesi bergambar , tukar tukar pakaian and karaoke , hmm apa lagi wa dengan akak lah yang concer microphone tuh haha . tak bole bayangkan suasana malam tuh . 
The last one , 4th picture persandingan belah lelaki pada hari ahad , 29 december 2013 bersamaan 26 safar . Time tuh crowded gila kata kooo ! wa dah cakap keturunan nenek terlalu ramai , hehe kawan kawan saya ada lah yang datang jugak . thanks siapa yang hadirkan diri pada hari majlis persandingan abang kita :* . Tema untuk belah lelaki pulak sepatutnya warna purple tapi lari tema , then kiteorang discuss balik , nevemind pengantin bole pakai warna pink and for our's clothes warna purple , okay lah tuh purple pink kan ? So macam biasa ada renjis merenjis , bergambar bersama keluarga , kawan and jiran . ada jugak acara potong kek . *Tersentuh hati bila dj mainkan lagu ayah dan ibu selepas pemotongan kek . lagu tuh dimainkan untuk peringatan dimana ibu bapa yang lahirkan kita , besarkan kita dan uruskan perkahwinan kita itu ada lah tanggungjawab yang terakhir untuk anaknya , So , sebagai pengantin harus hargai and kenangkan semua tanggungjawab dan beban ibu bapa dari kita lahir hingga kita menjadi raja sehari* . Ouhh lupa pengapit eh ? diorang guna kawan kawan diorang sendiri . By the way for my brotha and wife Selamat Pengantin Baru , moga dirahmati hingga ke anak cucu dan moga kedua duanya hidup berbahagia selamanya tak lupa jugak moga dapat anak comel comel soleh dan solehah , Amin . Sampai kita berjumpa lagi ye blogger . Assalammualaikum :* .