Assalammualaikum , Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia . Pada hari Sabtu yang bertarikh 27 July 2013 bersamaan 18 Ramadhan . Dengan kesyukuran kami The Biggest Family dapat berkumpul dan menjalankan Majlis Berbuka Puasa , Terawih & Tahlil bersama sama Di Rumah Arwah Moyang di Kg.pandan . Alhamdulillah , majlis berjalan dengan lancar dan di akhiri dengan Tahlil manakala kita harus sedekahkan Al-fatihah kepada yang telah pergi . Aku rasa sebak sangat kalau bole nak menangis sekuat hati , bukan kerana terluka tetapi aku teramat bersyukur dapat menunaikan terawih dengan nenek , makcik makcik yang disayangi , MAMA ,cousin dan sanak saudara yang lain . Walaupun aku tak cukup dengan Ilmu Agama tapi aku mencuba dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T . Aku rasa sebak teramat sangat bila baca ayat Al-fatihah . Buat pertama kali dalam keluarga aku , kehilangan seorang sepupu . Sejenak berfikir makcik & pakcik aku terasa , terkenang dan mungkin mengeluarkan air mata bila baca ayat Al-fatihah kepada anaknya yang telah pergi :') . Keep calm and be strong Uncle Azmi & Anty Maryam . Dari situ timbul satu perasaan bila tengok keliling . Semua tak bersemangat untuk beraya manakala yang gelak ketawa itu semua lakonan semata mata cuma nak tunjukkan kegembiraan di depan keluarga yang lain . Walaupun keadaan sekeliling kita tak mampu memberi semangat pada kita , biarpun kita beraya nanti biarlah dari segi sederhana sahaja , itu sudah cukup memadai . Taknak bercerita panjang hanya mampu luahkan apa yang ingin di luahkan sahaja dari hati yang ikhlas . Insyallah ada rezeki dan panjang umur kita bertemu lagi . Assalammualaikum ...